Komen Ibu Nur Amalina Che Bakri Mengenai Gambar Kontroversi Anaknya

JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak. Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004. Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola. 


Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza. Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya. Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet. “Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. 

Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian. Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar. “Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya. Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of 
Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia. “Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. 



Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini. Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya. “Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana. “Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya. 

Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu. “Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya. Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu. “Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan.



 Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya. Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina. Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan. “Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan,” katanya. 



Sumber: SinarHarian 

Benarkah ini Nur Amalina Che Bakri? Fitnah atau Realiti?


Hangat Hari ini dengan penyebaran gambar-gambar Nur Amalina (Pelajar cemerlang Malaysia) tetapi adakah semua gambar-gambar ini betul atau fitnah semata-mata?? Ini kerana gambar ini diambil melalui Facebook dan Facebook tersebut telah di Deactive kan!
Sekitar tahun 2009 lalu, timbul cerita Nur Amalina gagal dalam pengajiannya di UK. Cerita itu kemudiannya dinafikan oleh beberapa pihak termasuk rakannya yang berada di universiti yang sama.Sekarang ini timbul cerita terbaru tentang "perubahan" Nur Amalina !





 che amalina bakri berubah 20A1


 che amalina bakri berubah 20A1
 che amalina bakri berubah 20A1

Kalau benar gambar-gambar di atas ialah Nur Amalina yang sebelum ini menutup aurat,  sudah pasti ramai yang terkejut dan kecewa dengan hal ini. Apapun Dont Judje dahulu...tunggu penjelasan daripada empunya badan terlebih dahulu :D

Cara Buang TimeLine Facebook

1. Go To Facebook And Login As Usual.




2.Go To Facebook’s Account Settings.




3. Go To Facebook’s Security Settings.



4. Okey ,Now ,Look At The Bottom Option And You Will See.



5. Click “Deactive Your Account”

6.Now, You Already Deactive Your Facebook Account.

7.Okey ,Now Go To Facebook.Com.

8.Fill In This Form :



9. Now You Get A New Facebook.

10.Use New Facebook Without TimeLine.. HEHEHEHEHE xD
 
  
 

 

Bersetubuh / Berkahwin dengan Ibu Sendiri


Masyallah!!! Perkara ini berlaku di negara seberang iaitu Indonesia. Pada mulanya Hackers sahaja melihat video di satu blog tapi bila diamati betul-betul video ini, ada sesi perbincangan secara terbuka apabila ibu dan anak mengaku pernah bersetubuh atas kerelaan sendiri. Sudah kecoh video ini di merata blog di Malaysia. Mereka ini beragama islam!
Dalam rancangan tersebut, penonton dan pengacara hanya tergelak apabila kedua anak beranak ini mengaku pernah beberapa kali bersetubuh bersama. 
 
 
 
Ibu beliau itu seorang janda apabila suami beliau meninggal dunia. Jadi keinginan seks itu sudah melambung-lambung dan menarik anaknya untuk melakukan hubungan terlarang tersebut. 
Mereka berkata, jika ibu mahukan seks, dia layan dan jika anak tersebut mahukan seks, ibunya juga merestui permintaannya.
Ya Allah, inikah umat akhir zaman!!!
 
 
Sumber : Lasksamana Bukit Bintang

Kenyataan Media : Azmin Ali Ikrar Pertahankan PKR dari Tipu Muslihat UMNO/BN

 
 
 
Reformasi 98 tercetus apabila rakyat bangkit meluahkan rasa marah dan tidak puashati mereka terhadap kezaliman UMNO. Berhadapan dengan krisis kewangan 97/98, pentadbiran Dr Mahathir mulai dipertikai rakyat. UMNO terburu-buru untuk menyelamatkan elit korporat dan kaum keluarga yang dekat dengan pemerintah. Menjadi halangan kepada cita-cita mereka adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tuntutan rakyat. Mantan Menteri Kewangan yang kini Ketua Umum KEADILAN itu tuntas mahu menyelamatkan negara dan rakyat. Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak bertolak ansur dengan hasrat menggunakan dana awam demi menyelamatkan kroni pemerintah. Maka sebagaimana yang dirakam sejarah, Dato Seri Anwar dihumban ke penjara dan diaibkan dengan fitnah melampau yang direkayasa UMNO.


Selepas meringkuk selama 6 tahun beliau pun dibebaskan. Bersama-sama pimpinan KEADILAN dan kerjasama PAS serta DAP maka kita berjaya mengecapi keputusan yang memberangsangkan pada tahun 2008. Sejarah pun tercipta. Permuafakatan Pakatan Rakyat kian hari semakin kukuh didasari cita-cita membangunkan Malaysia yang lebih gagah, A Mighty Malaysia. Menyedari rakyat Malaysia bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, UMNO terus menganyam muslihat baru yang dicedok dari skrip usang. Sekali lagi DSAI di tohmah dengan fitnah keji. Makanya pada 9hb Januari 2012 adalah tarikh genting. Ianya bukan sahaja mengenai batang tubuh Dato' Seri Anwar dan keluarga beliau. Akan tetapi keputusan mahkamah pada hari itu pastinya melibatkan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.

UMNO menyangka rekayasa jelik itu akan memecah-belah dan menjejaskan Pakatan Rakyat dari memenangi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Akan tetapi itu merupakan angan-angan mereka semata-mata. Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Peringatan keras untuk UMNO, apa pun konspirasi untuk memenjarakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, kami pasti akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Walau apapun keputusan pada 9hb. Januari nanti. pimpinan KEADILAN bersama-sama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan KEADILAN akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu "evoltionary process" dan bukannya suatu "revolutionary process."

Yakinlah bahawa kita akan terus istiqamah meneruskan perjuangan murni ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melaksanakan segala kebijakan, dasar dan agenda yang telah digarap sepertimana yang terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia, Dasar Bersama PR, Buku Jingga dan Belanjawan PR.

Justeru itu saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal menjana kekuatan dan memperkukuh usaha untuk memenangi Pilihanraya Umum ke 13. Kemenanan tersebut adalah Demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta Demi Malaysia baru milik rakyat.

Inshaallah, saya, seluruh pimpinan dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Dato' Seri Anwar pada hari tersebut, 9 Januari 2012.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat 
 
 
Sumber : Laksamana Bukit Bintang
KUALA LUMPUR: kereta Tempatan pelakon Fasha Sandha dicuri di Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju semalam petang.

Kereta, BMW 325i bernilai hampir RM300, 000, hilang semasa Johor Baru


 

Ketua Polis Sentul, Penolong Pesuruhjaya Zakaria Pagan berkata, pelakon itu telah diletakkan kenderaan di tepi jalan di 3:40 dan mendapati ia hilang apabila dia kembali pada 3:55.

Laporan itu telah dibuat di balai polis Wangsa Maju.

Fasha, ketika ditemui pada majlis pelancaran filem terbaru beliau, Penanggal di Bukit Bintang semalam, enggan mengulas lanjut, tetapi mengesahkan kecurian, dan bahawa laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.




Fasha dinamakan pelakon baru yang paling popular di Anugerah Bintang Popular 2005 untuk prestasi dalam Natasya. Beliau memenangi anugerah itu sekali lagi pada tahun 2011 untuk Chinta.



Sumber : NST

Yusri dan Lisa akan Berkahwin 23hb Feb

PELAKON dan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim akan berkahwin dengan pelakon jelita berusia 25 tahun, Lisa Surihani pada 23 Februari, tahun depan.

Majlis perkahwinan itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan di Putrajaya.
 
 
 
 

Penyanyi berusia 38 tahun yang juga merupakan pelakon dan pengarah filem, berkata "majlis perkahwinan mereka akan diadakan tiga hari kemudian pada 26 Feb di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)".

"Sebab disebalik memilih tarikh ini kerana ia adalah tarikh kesukaan Lisa iaitu nombor 23 kerana ia adalah sinonim dengan hari jadinya pada 23 Mac," katanya pada sidang akhbar yang diadakan pagi semalam di Putrajaya Marriott Hotel.
 
Sumber : The Star